Wednesday, July 15, 2009

Kem Profesionalisme 2009/2010


Assalamualaikum...


Syukur, Alhamdulillah. Berkat kerjasama Alumni SHAMS dan pihak sekolah, Kem Profesionalisme dapat dijayakan buat kali kedua. Kem ini dianjurkan khas untuk membimbing pimpinan baru yang akan menerajui sekolah setelah barisan pemimpin lama melepaskan jawatan masing-masing. Kem dikendalikan oleh bekas pelajar SHAMS sebagai fasilitator serta barisan pimpinan terdahulu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 sebagai committee.
Barisan fesi paling popular~

Gabungan kakak-kakak fesi yang mantap~

Sebelum peperangan meletus

Untuk pengetahuan semua, kem pada kali ini telah diadakan di Kem RELA Wilayah Timur, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Perjalanan kami bermula sebaik sahaja selesai menunaikan solat Zuhur pada hari Rabu, 8 Julai 2009 dan berakhir pada hari Sabtu, 11 Julai 2009. Pengisian Kem Profesionalisme kali ke-2 dilihat lebih menarik dengan penambahan beberapa aktiviti yang menyeronokkan terutamanya perang antara peserta dan gabungan fasi-committee.
Makan dalam talam best~

Sebatang lilin telah berjaya dipadamkan menggunakan hidung

Para peserta sibuk menyediakan sarapan

Haa..itu dia Sheikh Tahir yang begitu serius meredah hutan~

Sebelum kata-kata bertemu noktah, syukran, tahniah dan selamat maju jaya [macam PLKN lak =p] kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Kami di barisan pemimpin terdahulu mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin baru dalam meneruskan langkah ke arah kegemilangan SHAMS! InsyaAllah. Akhir kata, doakan kami berjaya dalam SPM yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.


Ilalliqa' wassalam!

Thursday, July 2, 2009

Katakan Tak Nak Pada PLKN ?

Assalamulaikum...

Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) menjadi isu yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu memandangkan para pelajar telah membuat semakan di Laman Web PLKN dan SMS. Pada tahun 2009, pengambilan peserta di SHAMS menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 2008. Hal ini sedikit pun tidak mengejutkan kerana ia sudah dijangka oleh saya selaku pemerhati VIP.
..........................................................................
Sekadar berkongsi suara yang diam.
Pulang dari sekolah, kaki melangkah masuk ke dalam rumah, mata sempat melirik ke arah itu.
"Yes!", kegembiraan menguasai diri seketika. Usai solat, terus sahaja menapak ke meja di mana sang lappy sedang memejamkan mata. Dia terjaga, menguntum senyuman mesra menyapa aku.

Jari-jari menekan papan kekunci dengan penuh debaran dan harapan yang belum pasti. Satu persatu angka dicuba. Sebahagiannya telah berjaya tetapi selebihnya menemui kegagalan. Akhirnya aku memutuskan untuk mencuba angka terakhir. Jantung berdegup kencang. Suara yang diam seolah-olah berbisik,aku berjaya. Aku menarik nafas sebentar dan .....
"Tahniah dan Selamat Maju Jaya!"
Butir-butir permata seakan ingin jatuh ke bumi tatkala melihatnya. Aku redha.
........................................................................

SHAMSian [M92] yang terpilih :
-Malayneum [Akeem]
-Hooxaf [Afiq]
-Elnino_mery [Mery]
-Astronomy [Aku]
-Miss Mierah [Mierah]

SHAMSian [M92] yang tak terpilih :
-Elmagnifico [Afif]
-Smile! [Mizi]
-Faizwmf [Faiz]
-Defacto [Emey]
-Kyrodein [Kidin]
-Ninie [Nini]
-Leya_705 [Leya]
-Miera_world [Mirah B]
-Budaqbolotzzz [Farah]
-Cherrah [Cherrah]


Ilalliqa' wassalam