Sebagaimana yang kita sedia maklum, Hari Guru disambut pada 16 Mei. Namun begitu, tahun ini sambutannya diadakan pada 17 Mei disebabkan 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Sambutan Hari Guru di SHAMS tahun ini tidaklah semewah tahun lalu kerana kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Walaubagaimanapun, majlis tersebut tetap disambut dengan meriah berkat kerjasama warga SHAMS terutamanya MPP dan semua badan pengawas.
Seperti biasa, pada sebelah pagi diadakan pertandingan permainan di tempat yang telah ditetapkan. Cuma pada tahun ini ada sedikit kelainan sebelum permainan dilangsungkan. Guru-guru dihiburkan dengan persembahan kompang formasi oleh pasukan kompang sekolah yang dikenali sebagai Kompang Kampong Boys. Para penonton yang terdiri daripada warga SHAMS begitu teruja menyaksikan persembahan tersebut.
Sebaik sahaja permainan berakhir, warga SHAMS diminta ke Dewan Gemilang untuk turut serta acara di dewan. Majlis bermula dengan pembacaan perutusan,diikuti persembahan guru dan pelajar seterusnya penyampaian anugerah guru.
"Pemenang anugerah ini sememangnya pandai menyanyi lagu pop dan takut akan ular"
"Apabila digabungkan maka jadilah popular"
"Pemenangnya..ialah..Cg Man!"
Majlis selesai lebih kurang jam 2 petang.
Ilalliqa' wassalam!











