Salam buat penghuni dunia
Bilakah Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan? Setiap tahun kita mendengar soalan ini diutarakan kepada para remaja di luar sana. Setiap tahun jugalah kita dapat lihat kelu lidah mereka untuk menjawabnya. Malah ada yang senyum dan ketawa apabila tidak dapat menjawab soalan tersebut. "Hahaa..tak ingat la.." Tanpa segan silu. Tiada rasa bersalah. Betapa entengnya pandangan mereka terhadap soalan itu. Sungguh menyedihkan, namun itulah hakikat sebenar.
12 Rabiulawal. Susah nak ingat? Tu baru tarikh kelahiran. Kalau tanya soalan lain...tak tau la. Tarikh lahir pakwe/makwe boleh pulak ingat. Suka benda tu benda ni. Semua benda tau. Tapi tarikh lahir yang pendek tu tak pernah nak simpan dalam 'komputer' termahal kurniaan Allah. Itu bermakna tiada perasaan cinta akan Rasulullah sedangkan cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah. Wahai saudaraku bangkitlah dari lenamu. Bukalah matamu. Sedarlah begitu mendalam cinta baginda kepada kita sehinggakan di saat akhir hayat baginda masih ingat akan kita. Mengapa kita sebagai ummat tak dapat berbuat demikian? Kita ibarat seorang gadis kampung yang tak lawa, tetapi dicintai seorang putera raja yang handsome dalam segenap segi. Boleh dilabel perfect. Mustahil kita tak terima cintanya kan? Kalau tak terima tu...fius tercabut kot >.< Lu pikir la sendiri~
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas rasul. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah keatasnya dengan sebenar-benar selawat."
[Surah Al-Ahzab : 56]
Kita bukanlah insan yang sempurna. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah di akhirat kelak peroleh syafaat. Amin..Cermin diri, hias peribadi, tingkatkan prestasi! Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)
Ilalliqa' wassalamualaikum!


3 comments:
Para sarjana sejarawan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya.
Dalam kitab Al Bidayah Wa Al Nihayah disebutkan pelbagai pendapat tarikh sebenar kelahiran Rasulullah.
Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak ada khilaf ulama' pada kewajipan mempertahankan sunnah walaupun difitnah mahupun ditohmah.
Semoga terus menjunjung sunnahnya!
Insya ALLAH~
Allahmumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala 'alihi wasohbihi ajma'in
Syukran!
indahnya kalu ramai remaja yg baca entri ini...insyaALLAH...
Post a Comment