Monday, November 17, 2008

Hari-hari Terakhir

Assalamualaikum
Salam pembuka bicara

Alhamdulillah pada hari Khamis yang lalu tirai persekolahan tahun 2008 dilabuhkan. Segala kenangan suka duka dan pahit manis perjalanan hidup terpahat dalam memori. Bermula dari langkah pertama ke dunia baru sehinggalah tiba ke perhentian. Masih jauh destinasi yang ingin dituju. Kekurangan yang ada perlu dibaiki secepat mungkin andai tak rela tersungkur di tengah jalan.

Sebelum jari meneruskan langkah, sedikit sambungan secara ringkas Final Exam. Minggu kedua seperti yang dijangka lebih 'menyeronokkan'. Apa yang mampu dikomen hanyal
ah memuaskan. Owh yea, minggu ni juga aku dilantik sebagai admin sempena Deepavali. Lolz. Minggu terakhir saat yang dinanti oleh semua pelajar di sebalik 'keseronokan' berganda. Tak sabar nak merdeka la katakan. Fizik paper 2 tampil menjadi pengubat duka di kala perjuangan perlu diteruskan walaupun diri terasa lemah. Demam + batuk + selesema + sakit kepala. Paling tak tahan time paper 2 BAT. Rasa tak nak teruskan exam. Fokus memang dah hilang tapi berbekalkan semangat, perjuangan diteruskan. Main hentam apa yang ada dalam kepala.

Hari-hari terakhir persekolahan tak ramai yang menampakkan batang hidung. Hari Isnin hari last 4 orang geng K.A.M.I. sebab depa berempat akan berangkat bersama burung besi merentas lautan pada hari Selasa. Pagi Selasa menjadi saksi penantian yang menyeksakan bertemu noktahnya. T-shirt selamat tiba! Terima kasih Pak Su Akeem kerana sanggup membawa semuanya walaupun terpaksa bersusah payah [lain kali rancang elok2. kan senang kalau buku teks tu dihantar lebih awal]. Sesungguhnya, hanya sebahagian pelajar yang masih setia menempuh hari-hari terakhir. Aku, Ain, Cherrah, Aiman, Tahir, Luqman..err Amin kot ? Budak laki lain tak berapa pasti. Maaf jika nama anda tiada [tak masuk kelas la tu].

Setiap pertemuan ada perpisahan. Aku mengerti. Namun entah mengapa perpisahan kali ini terlalu meninggalkan kesan. Tak sanggup nak melangkah pergi. Mungkin kerana 2009 merupakan tahun terakhir di SHAMS. Saat perpisahan kian terasa. Arrgghh..!! Terlalu berat rasanya..


Termenung sendirian
Di kala hujan membasahi bumi
Hadir bersama nikmat tak terhingga
Seakan menyampaikan pesan

Jauh fikiran melayang
Cuba melihat diri sendiri
Apakah hidup ini mampu diteruskan
Ketika aku berada di bawah
Ketika aku jauh ketinggalan
Ketika saat itu terasa begitu hampir

Aku nekad
Impian takkan kekal impian
Impian itu realiti
Walau apa pun yang menghalang
Kutempuhi dengan kudrat yang ada

Lihatlah dunia
Akan kubuktikan!
Insyaallah...



Ilalliqa' wassalamualaikum!