Setelah penat menggali akhirnya jumpa gak. =p
Haa...ni version yang lain.lolz
Secara tidak sengaja tercipta[aku]
Sengaja tercipta kot [Akeem].Muahahahaha~
[ V1 :: .
siapakah itu,
yang mengetuk pintu rumah,
mengukir kayu.
siapakah itu,
yang memberi salam,
yang menanti di hadapan rumah~
......................................................
Siapakah itu?
Dialah seorang tukang kayu
Setia dengan kerjanya..
Siapakah itu?
Dialah seorang tetamu
Menanti tuan rumah menjemput masuk..
[ V2 :: .
Siapakah itu
yang memerhatiku
yang merenungku tanpa disedari..
Siapakah itu
yang memberi sejuta kenangan
yang terpahat di memori..
Siapakah itu
yang selalu di sisi
yang sentiasa menemaniku..
......................................................................
yang memerhatikanmu tanpa disedari,
sudah tentu CCTV dan penjaganya,
oleh itu awasi tingkah lakumu.
yang memberi sejuta kenangan sudah pasti suatu yang telah berlalu,
kerana yang bakal berlalu tidak bisa menjadi kenangan.
yang terpahat di memori,
sudah pasti penukul dan pahat,
kerana tak mungkin cangkul dapat memahat.
yang selalu di sisi sudah pasti si malaikat setia dan syaitan durjana,
karena tak mungkin temanmu ada di sisi setiap masa.
yang sentiasa menemanimu,
sudah pasti jiwa dan nyawa mu,
kerana tanpa nyawa sudah pasti kamu tidak dapat hidup dengan berteman.
p/s : best gak duk gali Malakat~ Siap jumpe air mata.Lolz
Wakakakakakakaka..
Pencerahan di Sebuah Desa Bernama Oxford
1 day ago

