Ok, apa yang aku boleh kata novel ni best! Tak rugi kalau baca. Novel ni mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Fahri. Fahri menempuh berbagai-bagai halangan demi menyebarkan ajaran Islam sehingga pernah dipenjara kerana difitnah. Namun, kepalsuan takkan selama-lamanya menang, Fahri dibebaskan. Ending cerita ni agak sedih tapi tetap menggembirakan. Isteri keduanya kembali menghadap Ilahi setelah berjuang untuk hidup.
Nak tau lagi baca sendiri la.Hehe..tak larat aku nak tulis panjang-panjang~
First time aku baca novel yang sarat dengan ajaran Islam dan mengandungi banyak hadis serta ayat-ayat Al-Quran. Seronok bila baca!

Penantian satu penyeksaan. Penantian itu akhirnya berakhir jua. Alhamdulillah.. tapi dalam bab ni tak la sampai terseksa. Lolz. Dah berkurun lamanya aku nak baca Tautan hati [ hiperbola je ]. Cuma waktu tidak mengizinkan dan novel tu baru ada dalam tangan aku. Kat atas tadi aku kata Ayat-ayat Cinta best. Sekarang ni aku kata Tautan Hati lagi best! Sebabnya novel ni lebih dekat ngan remaja. Hehehe ;) Novel ni mengisarkan ikatan persahbatan yang ikhlas semata-mata kerana Allah.
Asiah Yusra merupakan watak utama. Dia seorang yang begitu gigih meneruskan dakwah Islam walau di mana saja dia berada. Persahabatannya yang ikhlas kerana Allah membuatkan semua orang di sekeliling menyenanginya sebagai seorang sahabat yang baik. Dia akan meluangkan waktu petangnya bagi menziarahi teman seperjuangan ataupun melakukan aktiviti bersama-sama.
Suatu ketika dulu, di Sekolah Menengah Taman Islam, Asiah Yusra mempunyai sahabat yang bernama Elya Khadeeja. Mereka sememangnya sangat akrab. Elya Khadeeja merupakan Ketua BIDA,manakala Asiah Yusra penolongnya. Setelah tamat zaman persekolahan meraka berpisah namun masih berhubung.
Asiah Yusra melanjutkan pelajarannya ke UIA. Di sana dia mempunyai ramai sahabat baru dan masih giat melaksanakan dakwah Islam bersama Imtisal,Layyinul Harir,Hana,Linda,Aisya Bazella & Muslimah. Setiap sahabatnya itu mempunyai konflik masing-masing. Akhirnya, dua orang sahabat baik asuhan Taman Islam bertemu kembali dan hidup berkeluarga. Asiah Yusra- Umar al-Mujahid & Elya Khadeeja-Hasan al-Banna.
Aku nak buat satu pengakuan...air mataku pernah menitis tatkala membaca novel-novel atas ni. Dah lama aku cari novel yang disulami jiwa Islam. Alhamdulillah, hari semakin banyak yang aku jumpa.


10 comments:
salam rusyda..
yup ~ kedua2 novel tuh mmg best..
watak asiah yusra dgn elya khadeeja amat mengagumkan..
diowg berusaha meyampaikan dakwah kpd semua owg xkire siapa..
kalo nak dibandingkan dgn kite mungkin kite xmampu melakukan semua tuh..
moga novel2 neyh memberi kesedaran kpd kite.. ~
Wassalam, Yana!^^
Betul tu
Aku tak sangka ada cerita camtu
Selama ni kalo buku yang ada sal agama2 ni bosan.
Apa yang nak disampaikan tu tak dapat diterjemah dalam karya.
Tapi dalam 2 novel ni memang bagus!
A'aa..aku pon kagum ngan depa berdua.Zaman sekarang ni kalo nak cari orang camtu memang payah
ayat2 cinta~
cam bez je novel tue...
syarikat mane yg publish novel tue..
nnt nk try cari la kat ne2..
rajen baca novel..
huhuh..
wat la kat perlis xdak kedai buku fames2 sikit T_T
salam...jupo byk novel unsur agama?? cari kat ner tuh??
Finaz :
Aku lupa la syarikat mana
Ko bukak link ni
http://psittacula.files.wordpress.com/2008/01/ayat-ayatcintaw300h455.jpg
Atey :
Haha..aku memang suka membaca
Lolz..kedai buku yang tak femes pon xpa la.Asalkan ada buku yang best~
Dr Hamidi:
Cari kat kedai buku
Jualan buku kat sekolah ada gak
Dan kawan2 yang bagi tau =)
salam,
sedih baca 'tautan hati',
kesian imtisal,
T_T...
AAC plak, aku menyampah tengok movie die....
mula2 start cerita dia, dah bercanggah terus dengan hukum2 islam...(T_____T)
Tsaqif :
Wassalam
A'aa..memang sedih kisah hidup Imstisal tu.Huhu
Act, mula2 aku tengok iklan movie tu aku dah menyampah. Nanti kalo ada peluang aku tengok la.Sekarang ni belum ada peluang nak tengok
lolzz...beli kat ner buku tuh??
nak baca gak..!!
0wh..buku2 tu tak beli..pinjam ngan kawan. Lepas ni baru nak pergi cari novel Tautan Hati tu.
Beli kat kedai buku la.Hehe
Try la cari. Mustahil takde~
Post a Comment